- Rakan baik saya Bani Hashim menghubungi saya mengatakan sekarang musim Reflesia berkembang.
- Apalagi...plan diatur utk kesana. Ini lah kali pertama melihat keindahan bunga terbesar di dunia iaitu Reflesia. Sedikit penerangan tentang Taman Negara ini & tentang bunga ini:
GUNUNG GADING NATIONAL PARK(http://www.sarawaktourism.com/bm/itinerary-detail/itin-detail?catid=2&itinid=32)
Lokasi: Kuching
Gunung Gading merupakan rumah kepada bunga terbesar di dunia, Rafflesia, yang boleh membesar sehingga 1 meter diameternya. Ketika mekar, bunga ini akan mengeluarkan bau busuk untuk menarik perhatian lalat dan serangga kecil. Ianya tidak bermusim dan mengambil masa selama 9 bulan untuk mekar dan hidup selama 4 hingga 5 hari sahaja sebelum layu.
 |
Putik Bunga Reflesia |
 |
Reflesia kedua yang sedang mekar semekar mekarnya....begitu indah ciptaanNya. |
 |
Rupanya setelah berkembang selama seminggu & layu kehitaman... |
Gunung Gading hanya dibuka kepada orang awam sejak pertengahan tahun 1994, setelah kajian impak alam semulajadi dijalankan secara menyeluruh. Sebelum itu tempat ini hanya menjadi zon pemuliharaan bagi bunga rafflesia. Kini, penekanan kepada pemuliharaan tetap menjadi agenda utama dan pihak Taman Negara telah mengambil langkah untuk hanya membenarkan orang awam melihat bunga rafflesia yang sudah mekar tanpa mengganggu bunga yang masih belum matang. Terdapat juga ‘plankwalk’ di mana tempat rafflesia biasanya dijumpai, dan sekiranya tanaman yang di cari hanya boleh dijumpai jauh di dalam kawasan hutan, renjer-renjer Taman Negara boleh membantu anda untuk ke kawasan tersebut. Anda perlu berhati-hati kerana kemungkinan besar pucuk berwarna coklat di atas trek adalah bunga rafflesia dan sila ikuti arahan renjer taman. Bayaran untuk renjer adalah RM20 sejam (setiap kumpulan).
 |
Antara peminat bunga Reflesia yg dtang berkunjung disini... |
Memandangkan waktu mekar rafflesia ini sangat singkat dan amat jarang, masa yang sesuai (rezeki) adalah amat penting. Biasanya, kakitangan taman ini arif tentang waktu mekar setiap bunga rafflesia di sini. Pelawat boleh mendapatkan informasi dengan menghubungi pusat kawalan (Tel:082-735144) ataupun hubungi pejabat tempahan National Parks and Wildlife di Kuching (Tel:082-248088). Walaupun pada kebiasaannya bunga ini mekar sepanjang tahun, bulan November, Disember dan Januari merupakan musim kemuncak kerana bilangan bunga yang mekar biasanya tinggi.
 |
Reflesia 1st kecil sedikit drp yg kedua diatas... |
 |
Aku & Reflesia tidak dapat dipisahkan....ambil kesempatan bergambar bersama bunga yang peling besar didunia ini. |
 |
Sahabat aku Bani Hashim sempat merakam tekstur dalaman bunga ini....macro la tu... |
Menyaksikan bunga rafflesia merupakan tarikan utama Gunung Gading, namun keseluruhan kawasan Taman Negara ini serta kawasan Lundu juga berbaloi untuk diterokai. Puncak gunung memjadi pemandangan yang menarik di pekan Lundu serta pantai-pantai berdekatan iaitu Pandan dan Siar. Di Gunung Gading juga terdapat trek dan laluan hutan yang mencabar serta mengasyikkan.
- Sumber penulisan cnp : http://www.sarawaktourism.com/bm/itinerary-detail/itin-detail?catid=2&itinid=32
- Photo : aku punya lah...
No comments:
Post a Comment